Thursday, January 14, 2010

Gerhana Matahari

Assalamualaikum...
Ari ni...15hb Jan 2010,
sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.
Di Malaysia, hanya "Gerhana Matahari Separa" (Disebabkan matahari teramat cerah, tidak banyak kesan yang dapat dirasa atau dilihat ketika fasa gerhana. Mungkin paling jelas ialah suasana sekeliling akan kelihatan 'kurang' terang berbanding biasa. Namun, anda perlulah mempunyai skil observasi yang tinggi untuk benar-benar dapat melihat perbezaan cahaya ketika fasa gerhana.) sahaja dapat dilihat pada ari ini.
Betapa besarnya kekuasaan ALLAH...masyallah

No comments:

Post a Comment