Thursday, January 28, 2010

~Rakyat Kelantan Bersatu Hati~


eeehhmm...kali ni n3 aku ade skit berbaur politik..


Anyway,aku nak kongsi ngn korang yg mana betapa rakyat kelantan ni bersatu hati untuk mendapat hak mereka...(hehehe aku ni bukan le anak kelantan) tapi, aku begitu impress dgn gambo yg dipetik dari HARAKAH DAILY,lihatlah
puluhan ribu hadir memenuhi stadium mendengar penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan mendapat royalti minyak.

Yang menariknya,majlis ini disempurnakan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Alhamdullilah.....





Thursday, January 21, 2010

~6 TaHuN iKaTaN SuCi~


22/01/2010-genap 6 thn ikatan suci antara aku n hubby..

:: "Ya ALLAH ya TUHANKU....aku memohon padaMU agar ikatan ini akan berkekalan sampai akhir hayat..aku bersyukur di atas kelebihan suamiku dan redha atas kelemahannya,namun aku yakin.. ape yang KAU anugerah untukku adalah yang terbaik" ::

mmm....x ade celebration pon,just ingatan n wish dari hubby pagi tadi...dah cukup istimewa untuk aku,alhamdullillah..yang penting ade persefahaman antara kami sebagai suami isteri,masih jauh perjalanan kami...cuba buat yang terbaik untuk ikatan ini,selebihnya berserah kepadaNYA.

Sunday, January 17, 2010

~Ari ni..18/1/2010-10 bulan~


Ini budak genap 10 bulan...hehehe

meniarap-done
merangkak-not fully done(tangan n punggung dah angkat tapi x reti nak gerakkan)
gigi-ade 4 (2 atas n 2 bawah)
berat-may be dah 10kg lebih dah...

sapa lagi budak ni le...NUR AMNI NAJLAA

Thursday, January 14, 2010

Gerhana Matahari

Assalamualaikum...
Ari ni...15hb Jan 2010,
sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.
Di Malaysia, hanya "Gerhana Matahari Separa" (Disebabkan matahari teramat cerah, tidak banyak kesan yang dapat dirasa atau dilihat ketika fasa gerhana. Mungkin paling jelas ialah suasana sekeliling akan kelihatan 'kurang' terang berbanding biasa. Namun, anda perlulah mempunyai skil observasi yang tinggi untuk benar-benar dapat melihat perbezaan cahaya ketika fasa gerhana.) sahaja dapat dilihat pada ari ini.
Betapa besarnya kekuasaan ALLAH...masyallah

Wednesday, January 13, 2010

~I 'M BACK~

Assalamualaikum...
Haahahhahah...mmg lame giler aku x update blog sbbnya.......invalid "password" nak login blog..kuang..kuang..aku pon "hold" je ...malas nak wat menda2 pon...ari ni baru aku ade mood nak wat reset password baru le boleh masuk balik blog aku...ini je le n3 aku wat ari ni...