Monday, March 22, 2010

Happy Birthday to My Girls



Assalamualaikum....
hahhahah..dh lame betul x update blog...ntah le x ade mood...anyway just nk sharing bulan march ni...bulan yg cukup special...

4/3/2010- birthday ataa (5 thn)
18/3/2010-birthday amni(1 thn)
heheheh.."baik punya plan dapat bulan sama birthday"
Anyway x ade le celebrate pon..cuma beli kek n "jajan" bawa pi tadika,kira ataa potong kek kat tadika je le..untuk amni x wat ape2 pon..ntah le x ade kesempatan nk wat birthday party mase weekend...ye le last weekend sibuk attend kelas teori memandu 6 jam(kuikui..baru nk amik lesen kereta..malu i)..next week,ade teambuilding lak..next..next week...family ganu nk bertandang umah nk majlis kawin kt putrajaya,tup..tup dah masuk bulan 4..hahhahha..so tahun ni x ade le birthday party...(ala..kesian lak anak2 aku..)Anyway...

~Ataa n Amni...
Selamat Hari Jadi Anakku..
Semoga dipanjangkan umur & diberi kesihatan yg baik...
Ketahuilah kehadiran "kamu berdua" amat bermakna dalam hidup ibu...







Wednesday, March 3, 2010

~Acumah...dalam kenangan 27/7/1957-22/2/2010~

Al Fatihah untuk arwah Acumah (the only mak sedara belah abah)..
Acumah,
Mak sedara yang paling "caring" pada anak2 sedara..
Segala kenangan bersamamu sentiasa segar di ingatan..
Cuma terkilan tidak dapat menatap wajahmu buat kali terakhir
Namun redha pemergianmu...dari melihatmu menanggung kesakitan
Ya Allah semoga dikau ditempatkan dikalangan org2 beriman.
Al Fatihah...

Pergi Tak Kembali

Album : Munsyid : Rabbani

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Wednesday, February 17, 2010

~Dianiaya..huhuhu~

Kes kontroversi kembali...
mmm...aku ni x ade le pengikut DSAI yg fanatik,cuma aku impress ngn kepimpinan DSAI mase jadi TPM zaman "mahathir" dulu.Namun,ade "tangan-tangan" yang cuba untuk mengubur karier n politik dia..

ni..petikan dari web aku baca ari tu.."Dzolim atau aniaya merupakan perbuatan yang dilarang oleh agama, bahkan Rasululloh SAW. pernah menyampaikan :
Takutlah terhadap doa orang yang teraniaya, karena tidak ada penghalang antaranya dan Allah. (HR. Tirmidzi)

Tuesday, February 2, 2010

~Februari..nape?~


hehehheh...februari..nape?


sebab bulan februari,ade cuti CNY(yang "raya" org cina, tapi aku pon tumpang suka ..hahaha sbb aku sambung cuti lepas CNY tu sampai le 21/02...best kan?) lagipon aku ade wat "family trip to kota bharu"..so aku angkut adik2 aku n mama n abah gak, ni pon aku dah siap "trip schedule"..cewaahh..will distribute to adik2 aku.semoga ape yang dirancang akan berjalan lancar..amin!!

jangan lupa..12 rabiulawal 1431...(26/02-jumaat) "maulidur rasul" keputeraan Nabi Muhammad S.A.W yg dikasihi.

Thursday, January 28, 2010

~Rakyat Kelantan Bersatu Hati~


eeehhmm...kali ni n3 aku ade skit berbaur politik..


Anyway,aku nak kongsi ngn korang yg mana betapa rakyat kelantan ni bersatu hati untuk mendapat hak mereka...(hehehe aku ni bukan le anak kelantan) tapi, aku begitu impress dgn gambo yg dipetik dari HARAKAH DAILY,lihatlah
puluhan ribu hadir memenuhi stadium mendengar penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan mendapat royalti minyak.

Yang menariknya,majlis ini disempurnakan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Alhamdullilah.....





Thursday, January 21, 2010

~6 TaHuN iKaTaN SuCi~


22/01/2010-genap 6 thn ikatan suci antara aku n hubby..

:: "Ya ALLAH ya TUHANKU....aku memohon padaMU agar ikatan ini akan berkekalan sampai akhir hayat..aku bersyukur di atas kelebihan suamiku dan redha atas kelemahannya,namun aku yakin.. ape yang KAU anugerah untukku adalah yang terbaik" ::

mmm....x ade celebration pon,just ingatan n wish dari hubby pagi tadi...dah cukup istimewa untuk aku,alhamdullillah..yang penting ade persefahaman antara kami sebagai suami isteri,masih jauh perjalanan kami...cuba buat yang terbaik untuk ikatan ini,selebihnya berserah kepadaNYA.

Sunday, January 17, 2010

~Ari ni..18/1/2010-10 bulan~


Ini budak genap 10 bulan...hehehe

meniarap-done
merangkak-not fully done(tangan n punggung dah angkat tapi x reti nak gerakkan)
gigi-ade 4 (2 atas n 2 bawah)
berat-may be dah 10kg lebih dah...

sapa lagi budak ni le...NUR AMNI NAJLAA

Thursday, January 14, 2010

Gerhana Matahari

Assalamualaikum...
Ari ni...15hb Jan 2010,
sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.
Di Malaysia, hanya "Gerhana Matahari Separa" (Disebabkan matahari teramat cerah, tidak banyak kesan yang dapat dirasa atau dilihat ketika fasa gerhana. Mungkin paling jelas ialah suasana sekeliling akan kelihatan 'kurang' terang berbanding biasa. Namun, anda perlulah mempunyai skil observasi yang tinggi untuk benar-benar dapat melihat perbezaan cahaya ketika fasa gerhana.) sahaja dapat dilihat pada ari ini.
Betapa besarnya kekuasaan ALLAH...masyallah

Wednesday, January 13, 2010

~I 'M BACK~

Assalamualaikum...
Haahahhahah...mmg lame giler aku x update blog sbbnya.......invalid "password" nak login blog..kuang..kuang..aku pon "hold" je ...malas nak wat menda2 pon...ari ni baru aku ade mood nak wat reset password baru le boleh masuk balik blog aku...ini je le n3 aku wat ari ni...