Wednesday, December 9, 2009

Aidilfitri 2009

Raya pose & haji dah abih pon..tapi saje je le nak upload gambo raya pose ari tu.Aku tiap2 tahun mmg raya kat Trg, 1st raya mmg raya kat umah arwah tokki aku kat kertih n raya ke2 baru kat dungun(belah hubby).Lepas tu mula kitorang jadi org "nomad" antara kertih - dungun-kertih,almaklum le dekat je pon..huhuhu.Anyway,Alhamdullilah..syukur sgt dapat beraya bersama dgn keluarga tercinta n dgn rezeki yang dilimpah oleh ALLAH...

me & family












Wednesday, December 2, 2009

Boikot Israel

Boikot!!!!

Boikot barangan yang ade link ngn yahudi!! Itu aje le yang aku boleh buat pon untuk memerangi kelantangan dan keganasan yahudi(ehhehe..x mampu lak aku angkat senjata pi bunuh diorang tu..). Al-Quran sudah menjelaskan permusuhan Yahudi terhadap Islam sudah 1400 tahun yang lalu. Sejak Al-Quran diturunkan!”. Ambil le pengajaran dari cerita dibawah:

Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim AS dibakar oleh raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.

Perbuatan buruk kecil itu ditertawakan oleh burung-burung besar yang lebih besar.

“Apa gunanya air yang setitis itu?” burung besar menyindir.

“Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim,” jawab burung kecil.“Ha, ha… usaha yang sia-sia. Masakan api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?” ejek burung besar lagi.

Anda tahu apa jawapan burung kecil?

Jawapannya begini:“Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu…”Mendengar jawapan burung kecil, sekalian burung yang besar terdiam.

Ya, kalau kita hanya umpama “si burung kecil” dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi… siramlah walau “setitis air” untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.

Monday, November 30, 2009

Catatan Pertama

Assalamualaikum....
Inilah catatan pertama aku dalam blog.Aku betul2 "excited" untuk blog aku sendiri.Aku je yang baru nak ber"blog",padahal org lain dah lame ber"blog"...huhuhu..Hanya pendek catatan pertama aku...biase le "orang baru"..hehehe.